Penonton China Bersorak untuk Hanyu Yuzuru

2022-02-08 16:38:29  CRI
Share with:

Pagi ini, atlet luncur ais berbunga tersohor Jepun, Hanyu Yuzuru buat kali pertama muncul di arena Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.

 

Di susur masa (timeline) media sosial pula, ramai kawan Satria yang awal-awal lagi dah tulis bahawa mereka tak sabar untuk menonton persembahan atlet luar ini.

 

Ketika siaran langsung, terpapar komen para netizen China yang berbunyi “Jin Boyang (atlet China) boleh!, Hanyu Yuzuru boleh!”.

 

Melihat kepada pemberian sokongan moral dan sorakan kepada pesaing dalam pertandingan Sukan Olimpik, ini sahaja sudah cukup membuktikan tentang kebolehan dan pesona atlet perseorangan rentas sempadan.

 

Penonton China amat suka Hanyu Yuzuru, bukan hanya kerana ia juara luncur ais berbunga lelaki pertama dari Asia dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk dan turut memenangi hampir semua pingat emas dalam pelbagai pertandingan antarabangsa, malah juga kerana semangat Olimpik yang dipertunjukkan oleh Hanyu Yuzuru.

 

Sebagai seorang pesakit asma, ia perlu berusaha berkali ganda untuk mencapai taraf dunia. Beliau juga pernah banyak kali mengatasi kecederaan dan penyakit ketika menyertai pertandingan,  yang secara tidak langsung memperlihatkan semangat juangnya.

 

Hanyu Yuzuru telah memenangi hati dan menjadi kegemaran penonton China ketika mempamerkan persembahannya dalam Kejohanan Luncur Ais Berbunga Dunia 2017.

 

Hanyu Yuzuru memenangi Juara dalam pertandingan tersebut, manakala atlet China Jin Boyang memenangi pingat perak.

 

Ketika bersama-sama meraikan kejayaan, Hanyu Yuzuru mendapati bendara kebangsaan China yang dipegang oleh Jin Boyang adalah terbalik, dan segera memberitahu serta membantu Jin untuk membetulkannya.

 

Meskipun mempunyai kebolehan yang cemerlang, tapi karakternya sama sekali tidak sombong,  sebaliknya menghormati pertandingan dan pesaing, Inilah sebab mengapa atlet Jepun ini wajib mendapat sokongan dan sorakan dari China.

 

Ini juga adalah pesona Sukan Olimpik yang menghargai semangat “lebih tinggi, lebih laju, lebih kuat, lebih bersatu”.

 

Pada 29 September lalu, IOC memutuskan tidak menjual tiket Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing kepada penonton luar negara berikutan kawalan wabak. Ada netizen Jepun menyatakan di media sosial bahawa sayang sekali tidak boleh pergi ke Beijing untuk menyuntik semangat kepada Hanyu Yuzuru.

 

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying khusus muat naik hantaran di akaun Twitternya bahawa serahkan sahaja kepada penonton China untuk memberi sorakan kepada Hanyu Yuzuru, serta menyatakan penghargaan kepada para peminat sukan Jepun kerana memahami tentang kawalan wabak China.

 

Selain penonton dan pihak kerajaan, para atlet China kini pula kelihatan lebih menikmati sukan, dan bukan hanya mementingkan pingat emas.

 

Dalam pertandingan kemahiran halangan cerun ski lelaki yang diadakan semalam, atlat China Su Yiming berjaya mempertunjukkan pusing 1800 darjah (lima pusingan) yang tak pernah dicuba oleh atlet lain, tapi hanya memenangi pingat perak.

 

Ketika penonton dari seluruh dunia berpendapat pingat emasnya dirampas, Su Yiming menyatakan bahawa semua atlet yang berkelayakan memasuki pertandingan akhir adalah juara. Ia amat gembira boleh bertanding bersama para atlet bertaraf paling tinggi di dunia.

 

Su juga tidak terlupa menyampaikan salam kepada seorang lagi atlet tersohor China, Gu Ailing Eileen yang bakal berjuang untuk pingat emas dalam pertandingan hari ini dan berharap ia “bermain dengan gembira”.

 

Hakikatnya, para atlet dari seluruh dunia memang sedang “bermain dengan gembira” di sini dan para penonton pula sedang menikmati persembahan bertaraf tertinggi.

 

Secara peribadi, meskipun pertandingan masih berlangsung, tetapi itulah kejayaan sebenar Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.