China Sokong Penyelesaian Isu Nuklear Iran Melalui Rundingan

2022-02-09 14:41:38  CRI
Share with:

Dialog dan rundingan merupakan satu-satunya jalan keluar bagi isu nuklear Iran. Pelbagai pihak diharap bersabar dan bertahan sehingga isu berkenaan dimuktamadkan secara damai.

Wakil perunding China, Wang Qun berkata demikian selepas rundingan ke-8 pemulihan perjanjian komprehensif isu nuklear Iran Amerika Syarikat (AS)-Iran diadakan semula di Vienna Selasa lalu.

Wang Qun menyatakan bahawa rundingan berkenaan sedang menuju ke arah penyelesaian muktamad. Pihak-pihak terlibat harus menghargai hasil rundingan yang sedia dicapai, di samping memfokuskan masalah-masalah yang belum diselesaikan seperti pembatalan sekatan dan jaminan ekonomi agar konsensus dan perjanjian boleh dicapai secepat mungkin.

Beliau menegaskan, China akan terus menyokong AS dan Iran memulihkan proses rundingan dan berusaha bersama-sama dengan pelbagai pihak berkaitan untuk mendorong rundingan tersebut mencapai kemajuan secepat mungkin.