AS, Perosak Terbesar Keamanan dan Kestabilan di Selat Taiwan

2022-02-09 12:59:25  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) memutuskan akan menjual 'Program Perkhidmatan Kejuruteraan Antarabangsa (IESP)' dan 'Program Pengawasan Lapangan (FSP)' yang bernilai kira-kira 100 juta dolar AS kepada Taiwan. Ini penjualan senjata kali kedua pemerintah Biden kepada Taiwan. Washington berulang kali melanggar komitmen politiknya iaitu tidak menyokong 'kemerdekaan Taiwan' dan berniat mencampuri hal ehwal dalaman China menggunakan isu Taiwan. Tindakan buruk ini mencerminkan bahawa AS ialah perosak terbesar keamanan dan kestabilan di kawasan Selat Taiwan.

Washington dengan jelas tahu bahawa isu Taiwan ialah isu paling penting dan sensitif dalam hubungan AS dengan China. Kerajaan Biden berulang kali berjanji akan mengekalkan prinsip satu China, tidak menyokong 'kemerdekaan Taiwan' dan mahu kawasan Selat Taiwan kekal aman dan stabil. Namun pemerintah itu tidak bertindak seperti komitmen.

Dari menghantar kapal perang menyeberangi Selat Taiwan, hinggalah penjualan senjata kepada Taiwan, hipokrit pemerintah AS itu tidak dapat menyembunyikan lagi niatnya untuk "menggunakan Taiwan untuk menyekat China".

Penganalisis menyatakan bahawa amalan AS yang berniat memutarbelitkan prinsip satu China dan membiarkan kumpulan pemisah 'kemerdekaan Taiwan', bukan sahaja akan membawa Taiwan ke dalam situasi yang sangat berbahaya, tetapi juga akan menyebabkan AS menghadapi kerugian yang tidak dapat ditanggungnya.

China mesti dan pasti akan mewujudkan penyatuan semula negara. Ini adalah proses sejarah yang tidak boleh dihalang oleh sesiapa atau mana-mana pihak sahaja. AS mesti benar-benar mematuhi prinsip satu China, segera membatalkan rancangan penjualan senjatanya ke Taiwan, menghentikan penjualan senjata ke Taiwan dan hubungan ketenteraan dengan Taiwan, selain berhenti menggunakan kuasa pemisah 'kemerdekaan Taiwan' demi menjejaskan kepentingan China. Kalau tidak berbuat sedemikian, China akan mengambil tindakan sewajarnya demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatannya.