Singapura: Kanak-kanak Golongan Jangkit Terbanyak Varian Omicron

2022-02-09 14:57:34  CRI
Share with:

Kanak-kanak merupakan golongan yang paling banyak terjangkit varian Omicron di Singapura pada masa sekarang. Sesetengah unit perubatan komuniti menyokongkan katil untuk menjamin golongan itu mendapat perkhidmatan perubatan yang sewajarnya.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung pada Selasa lalu.

Menurut Ong, varian Omicron mengakibatkan jangkitan pusingan baharu di negara itu. Antaranya, kadar jangkitan di golongan berumur 5 hingga 11 tahun mencatat tahap tertinggi, iaitu 67 orang terjangkit antara setiap 100 ribu golongan tersebut. Manakala, kadar jangkitan kedua tingginya merupakan golongan berumur 12 hingga 19 tahun, iaitu 55 jangkitan antara setiap 100 ribu orang. Kadar jangkitan didapati menurun mengikut umur yang meningkat.

Oleh itu, Ong menyeru kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas divaksin demi mengekalkan kes teruk berlaku.