Permintaan Industri Logistik China Cipta Rekod Tertinggi

2022-02-09 13:22:35  CRI
Share with:

Industri logistik China mengekalkan trend memulih pada tahun 2021. Dalam pada itu, ekonomi sebenar yang kian pulih turut membawa kepada peningkatan pesat permintaan logistik.

Demikian diumumkan oleh Persekutuan Logistik dan Pembelian China (CFLP) hari ini.

Menurut data statistik persekutuan itu, jumlah logistik China mencatat RMB335.2 trilion (RM203.62 trilion) sepanjang tahun lalu, meningkat 9.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, dan sekali gus mencatat peningkatan purata 6.2 peratus dalam tempoh dua tahun lalu.

Di samping itu, skop permintaan logistik merekodkan tahap tinggi, dan peningkatan logistik telah memulih ke tahap normal.