Vaksin China Makin Luas Digunakan

2022-02-09 14:51:35  CRI
Share with:

Vaksin COVID-19 keluaran Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) mendapat kelulusan untuk digunakan di Afrika Selatan.

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Produk Kesihatan Afrika Selatan (Sahpra) pada Isnin mengumumkan, vaksin berkenaan disediakan bagi kegunaan individu berumur 18 tahun ke atas. 

Kedutaan Besar China di Afrika Selatan menerusi satu kenyataan berjanji akan terus melaksanakan komitmen untuk menjadikan vaksin China sebagai produk awam global, dan membantu rakyat Afrika memerangi pandemik COVID-19.

Dalam perkembangan lain, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Thailand telah memberi kelulusan kepada vaksin jenis Sinopharm dan Sinovac untuk kegunaan remaja berusia 6 hingga 17 tahun selepas membuat penilaian dari segi keselamatan, kualiti dan keberkesanan.