China Hulur 130 Tan Tepung Gandum kepada Afghanistan

2022-02-10 14:22:43  CRI
Share with:

Palang Merah China menghulurkan bantuan 130 tan tepung gandum kepada Afghanistan. Barang bantuan itu dihantar dari Urumqi, ibu kota wilayah Xinjiang pada 6 Februari dan dijangka akan tiba di Afghanistan 7 hingga 10 hari kemudian.

Terpengaruh oleh situasi di Afghanistan, bahan bantuan tersebut tidak dapat dihantar terus ke destinasi melalui kereta api antarabangsa. Selepas dihantar Tashkent, Uzbekistan, tepung gandum itu akan diangkut ke Kabul menggunakan kereta.

Palang Merah China telah memberikan bantuan barang keperluan harian dan bahan perubatan yang bernilai RMB10 juta (RM6.57 juta) kepada rakyat Afghanistan pada tahun lepas.