PLO Gantung Perjanjian dengan Israel

2022-02-10 14:21:05  CRI
Share with:

Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) memutuskan untuk menggantung perjanjian yang ditandatangani oleh PLO dan Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin dengan Israel untuk sementara waktu, disebabkan tindakan Israel yang melanggar perjanjian berkaitan.

Dalam pada itu, pihak Palestin menolak 'Perjanjian Abad' anjuran Amerika Syarikat (AS) demi mencapai perdamaian antara Palestin dan Israel, dengan menyatakan bahawa kerajaan AS telah kehilangan kelayakannya sebagai 'pengantara' dalam proses damai Palestin-Israel.

Sehari sebelum kenyataan itu, polis tentera Israel melakukan operasi ketenteraan di Tebing Barat, menembak mati tiga warga Palestin hingga mencetuskan bantahan keras daripada kerajaan dan rakyat Palestin.