Argentina Anggotai BRI

2022-02-10 14:47:48  CRI
Share with:

China dan Argentina menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai pembinaan bersama Inisiatif Jalur & Laluan (BRI) semasa lawatan Presiden Argentina, Alberto Fernandez ke China baru-baru ini, menjadikan negara Amerika Selatan itu anggota terbaharu BRI secara rasmi.

Sebagai lanjutan kepada Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, Amerika Latin merupakan peserta penting dalam pembina inisiatif BRI. Penganalisis berpendapat bahawa keanggotaan Argentina dalam inisiatif tersebut akan membantu negara itu meneroka lagi potensi kerjasama dengan China, khususnya dalam pembangunan hijau, ekonomi digital, kerjasama di Kutub Selatan dan lain-lain.

Setakat ini, sebanyak 20 negara Amerika Latin termasuk Argentina, Chili, dan Peru telah menandatangani MoU BRI.

Kerjasama pragmatik telah membuahkan banyak hasil yang memberangsangkan. Dari pelabuhan Paranagua, Brazil menjadi dinamik semula, hingga makanan lazat dari Colombia menjadi tumpuan pengunjung semasa Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) Keempat, serta vaksin China disambut baik di negara-negara Amerika Latin...... Kerjasama China-Amerika Latin yang semakin rapat bukan sahaja meningkatkan taraf pembinaan infrastruktur di Amerika Latin, bahkan juga menawarkan banyak peluang kerja, dan menjana pembangunan ekonomi tempatan.

Menurut statistik Jabatan Kastam China, jumlah perdagangan import dan eksport antara China dengan Amerika Latin mencatat USD451.59 bilion (RM1889 bilion) pada tahun 2021, meningkat 41.1 peratus berbanding tahun 2020.

Dalam tempoh lapan tahun yang lalu, China memeterai lebih 200 dokumen kerjasama BRI dengan 150 negara dan 32 pertubuhan antarabangsa, membina lebih 90 mekanisme kerjasama dua hala. Inisiatif yang semakin berpengaruh ini selaras dengan permintaan bersama tentang pembangunan, sesuai dengan aspirasi rakyat pelbagai negara terhadap kesejahteraan, sekali gus menjadikannya produk awam yang paling popular di arena antarabangsa.