Rundingan APEC Dimulakan Minggu Depan
2022-02-11 13:48:26 CRI
Thailand akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) tahun ini.
Menurut laporan portal kerajaan Thailand yang memetik kenyataan Perdana Menteri, Prayuth Chan-o-cha pada Khamis lalu, sidang kemuncak APEC tahun ini bertema 'terbuka, berhubung dan seimbang'. Ia akan memfokuskan konsep penggunaan bio-ekonomi, ekonomi kitar semula dan ekonomi hijau bagi menggalakkan pemulihan ekonomi dan pembangunan seimbang di kawasan yang terjejas pandemik COVID-19.
Menurut kenyataan Prayuth, wakil anggota APEC akan memulakan perbincangan pusingan pertama minggu depan.