'Persaingan'? Topeng Saja Tindakan Hegemoni AS

2022-02-11 14:35:32  CRI
Share with:

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan 'Akta Persaingan AS 2022' baru-baru ini yang mendakwa akan memastikan negara itu mendahului mana-mana negara lain dalam industri pembuatan, inovasi dan kekuatan ekonomi.

Walau bagaimanapun, banyak kandungan yang melibatkan China dalam akta tersebut amat membimbangkan seperti menghitamkan jalan pembangunan serta dasar dalam dan luar China, mencampuri urusan dalaman China menggunakan isu Taiwan, Xinjiang, Hong Kong dan Tibet. Jelaslah AS mahu mengekang China dengan alasan persaingan. Akta itu berbaur mentaliti Perang Dingin dan boleh dianggap sebagai satu 'akta hegemoni' saja.

Terdapat ungkapan yang popular dalam kalangan netizen di China, iaitu "pancarkan cahaya sendiri, jangan padamkan lampu orang lain". Persaingan antara negara adalah perkara yang normal, tetapi persaingan itu patut dilakukan secara adil. Matlamat pembangunan China bukanlah untuk menggantikan AS, tetapi membawa kesejahteraan kepada rakyat. China sama sekali tidak akan membiarkan hak pembangunan diri diceroboh mana-mana pihak.

Pesaing kepada AS adalah dirinya sendiri. Beberapa ahli politik AS membelakangi hukum sains dan teknologi serta pembangunan ekonomi, menuding jari ke arah China dengan dalih persaingan. Langkah tersebut hanya akan menjejaskan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang ekonomi, perdagangan, pendidikan serta sain dan teknologi. Pada akhirnya, langkah tersebut akan menjejaskan kepentingan AS sendiri.

Menurut undang-undang AS, setelah diluluskan oleh Dewan Perwakilan, akta tersebut perlu dibahas dalam Senat lalu ditandatangani oleh presiden untuk dikuatkuasakan. Sejumlah tokoh Barat dinasihat melepaskan mimpian 'mencari musuh khayalan', memandangkan pembangunan China dengan objektif dan rasional, menghentikan penguatkuasaan akta tersebut.

Berdepan sebarang tindakan yang hendak mencampuri urusan dalaman China atau menjejaskan kepentingan China, negara ini pasti akan mengambil tindakan balas yang sewajarnya.