Putera Charles Sekali Lagi Positif COVID-19

2022-02-11 15:02:14  CRI
Share with:

Putera Britain, Putera Charles sekali lagi disahkan positif COVID-19 dan kini sedang menjalani kuarantin, menurut ciapan keluarga diraja Britain melalui media sosial pada Khamis.

Ini kali kedua Putera Charles disahkan positif COVID-19. Sebelum ini, pewaris takhta diraja Britain itu didapati positif COVID-19 pada Mac 2020, dengan menunjukkan simpton ringan.

Menurut laporan media Britain, Putera Charles telah lengkap vaksinasi dan telah menerima suntikan dos penggalak. Isterinya Camilla Shand disahkan negatif ujian berkenaan.