AS akan Jual 36 Jet Pejuang kepada Indonesia

2022-02-12 15:21:13  CRI
Share with:

Biro Kerjasama Keselamatan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan baru-baru ini, Jabatan Negara AS telah meluluskan draf untuk menjual senjata bernilai USD13.9 bilion kepada Indonesia, termasuk 36 jet pejuang F-15.

Menurut pengumuman Jabatan Pertahanan AS, jualan senjata kali ini termasuk 36 jet pejuang, enjin gantian, radar, latihan cermin mata penglihatan malam dan sokongan teknikal. Syarikat Boeing merupakan kontraktor utama bagi jet pejuang F-15 itu.