AS Hantar 3,000 Askar ke Poland

2022-02-12 14:42:49  CRI
Share with:

Pegawai Pentagon Amerika Syarikt (AS) menyatakan pihaknya akan menghantar 3,000 askar ke Poland demi memperkukuh pertahanan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di negara itu.

Dalam pada itu, seorang pegawai kanan Pentagon menyatakan, Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin telah mengeluarkan arahan berkenaan pada Jumaat waktu tempatan. Tentera itu akan berlepas pada beberapa hari akan datang.