Kadar Tontonan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing Pecah Rekod

2022-02-13 15:22:47  CRI
Share with:


Kadar tontonan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing mencipta rekod tertinggi, menurut jurucakap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Mark Adams dalam sidang media sukan tersebut di pusat media pada Sabtu lalu.

Beliau berkata, terdapat 515 juta penonton dari China menonton temasya sukan kali ini melalui penyiaran Kumpulan Media China (CMG) sebelum 10 Februari.

Sementara itu, terdapat 100 juta penduduk di Amerika Syarikat (AS) menonton Sukan Olimpik Beijing melalui rangkaian Syarikat Penyiaran Nasional (NBC).

Selain itu, pegawai dari IOC dan Jawatankuasa Penganjur Beijing telah menjawab soalan wartawan mengenai perkhidmatan dan keperihatinan kepada atlet, kemudahan di Kampung Sukan Olimpik, perkhidmatan katering, jaminan perubatan dan lain-lain.