Karzai Seru Biden Kembali Duit Rakyat Afghanistan

2022-02-14 13:06:35  CRI
Share with:


Bekas Presiden Afghanistan, Hamid Karzai menyeru Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden supaya mengubah keputusannya mengenai penyaluran aset milik bank pusat Afghanistan.

Beliau semasa sidang media pada Ahad menegaskan bahawa aset itu milik rakyat Afghanistan dan turut mendesak AS mengembalikan dana Da Afghanistan Bank (DAB).

Terdahulu, Biden menandatangani perintah eksekutif bagi membenarkan penggunaan aset milik DAB berjumlah AS$7 bilion (RM29.3 bilion) yang sebelum ini dibekukan, dengan tujuan membayar pampasan ahli keluarga mangsa serangan 11 September serta digunakan untuk “bantuan kemanusiaan” di Afghanistan.