Putin Kritik Negara Barat Api-apikan Ketegangan

2022-02-14 13:40:53  CRI
Share with:

Presiden Rusia Vladimir Putin mengkritik kelakuan negara Barat menghantar aset ketenteraan ke Ukraine, yang menyebabkan ketegangan serantau.

Dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Sabtu, Putin turut mengecam tindakan negara Barat itu bertujuan menggalakkan kerajaan Ukraine menyelesaikan isu berkenaan melalui kekerasan.

Penolong Presiden Rusia, Yuri Ushakov berkata, ketegangan di sempadan Rusia-Ukraine telah berlarutan selama berbulan-bulan dan menjadi semakin tidak masuk akal kebelakangan ini.

Menurutnya, AS sengaja mencanangkan bahawa Rusia merancang “mencerobohi” Ukraine, malah mengumumkan tarikh "pencerobohan" itu.

Pada masa sama, AS juga bertindak mengukuhkan kehadiran tentera sendiri di Ukraine bersama dengan rakan sekutunya.