IOC: Atlet Puas Hati Terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk

2022-02-14 12:17:08  CRI
Share with:


Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 setakat ini disifatkan sebagai bertaraf kelas pertama dari aspek venue pertandingan, atlet, pengurusan acara, perkhidmatan meteorologi dan perubatan.

Demikian nyata Naib Pengerusi Jawatankuasa Penganjurnya, Yang Shu'an dalam satu sidang media di sini, pada Ahad.

Menurut beliau, penggunaan teknologi canggih juga menjadi dorongan kepada beberapa catatan rekod baharu apabila 13 rekod Olimpik dan 2 rekod dunia berjaya dicipta atlet setakat semalam.

Tambah Yang, lapan rekod Olimpik dan satu rekod daripadanya terhasil di National Speed Skating Oval, atau “Reben Ais” yang mempunyai keluasan permukaan ais hampir 12 ribu meter persegi.

Difahamkan, Reben Ais juga merupakan gimnasium geluncur ais pertama di dunia yang diperbuat daripada karbon dioksida.

Pengarah Eksekutif Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa (IOC), Christophe Dubi pula menyatakan ramai atlet berpendapat temasya sukan kali ini adalah cemerlang.

"Mereka (atlet) banyak berkongsi foto penuh dengan semangat serta keceriaan di media sosial dan ia tentunya satu pencapaian baik.

"Tetapi, pencapaian yang lebih utama adalah kepuasan para atlet," ujar Dubi.

Beliau berkata, kecemerlangan perkhidmatan penganjuran pula memberi impak mendalam kepada para peserta, selain turut memuji sukarelawan dan anggota perkhidmatan lain dalam pengurusan gelembung tertutup.

"Mereka (anggota kawalan wabak) yang memakai sut pelindung telah menyediakan perkhidmatan kepada kita sambil memberikan senyuman disebalik pelitup muka," kata Dubi ketika berkongsikan pengalaman berinteraksi dengan sukarelawan.