Penduduk Fukushima Bantah Lepas Air Tercemar ke Laut

2022-02-14 13:41:51  CRI
Share with:

Penduduk Fukushima mengadakan perhimpunan di kota Iwaki pada Ahad, sebagai membantah keputusan kerajaan Jepun untuk melepaskan air terawat dari loji nuklear Fukushima Daiichi ke laut.

Wakil dari pelbagai lapisan masyarakat tampil mempersoalkan kesahan keputusan tersebut, serta menjelaskan tentang bahayanya air terawat yang mengandungi bahan radioaktif dibuang ke laut. 

Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) berkata air tercemar itu akan dicairkan terlebih dahulu sebelum dilepaskan di lokasi kira-kira 1 kilometer dari pantai melalui terowong bawah laut. Namun, ia tidak mendapat kepercayaan penduduk tempatan.

Sejak sekian lama, suara penduduk Fukushima tidak diambil kira sepenuhnya oleh kerajaan Jepun dan TEPCO dalam proses membuat keputusan berkenaan.