Kestabilan Semenanjung Korea Perlu Jadi Fokus

2022-02-15 11:50:55  CRI
Share with:

Semua pihak terlibat diharap memfokuskan kepada keamanan dan kestabilan Semenanjung Korea, mementingkan keprihatinan wajar Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), dan berusaha menyambung semula dialog, bukannya memburukkan lagi ketegangan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata, ada penyebab di sebalik situasi semasa Semenanjung Korea.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Isnin, ketika mengulas kenyataan menteri luar Republik Korea, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun berhubung isu semenanjung.

Dalam satu mesyuarat baru-baru ini, menteri luar tiga negara itu mengecam pelancaran peluru berpandu oleh DPRK dan menggesa DPRK kembali ke meja dialog.