"Strategi Indo-Pasifik" Papar Lagi Muslihat AS

2022-02-15 11:37:51  "Strategi Indo-Pasifik" Papar Lagi Muslihat AS
Share with:

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) menyiarkan laporan “strategi Indo-Pasifik” yang berbaur mentaliti Perang Dingin akhir-akhir ini.

Strategi tersebut sekali lagi memperlihatkan dengan jelas cubaan AS untuk mengekang pembangunan China dan memelihara kedudukan hegemoninya.

Namun, sama ada strategi AS itu dapat dilaksanakan atau tidak bukanlah bergantung pada kehendak negara itu sendiri, tetapi realiti hubungan antarabangsa.

Kebanyakan negara di rantau Asia Pasifik mengamalkan dasar luar yang bebas dan berdikari.

Dari sudut fakta, sejak awal lagi negara-negara Asia Pasifik telah menyedari siapa yang hipokrit dan siapa yang tulus ikhlas.

Daripada menyalurkan bantuan COVID-19 hingga memacu rejuvenasi ekonomi, kesungguhan China membuktikan negara ini tetap penawar peluang serta rakan bagi Asia Pasifik.

Kini, pelaksanaan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) bakal membawa peluang pembangunan penting kepada rantau Asia Pasifik. Nescaya tiada sesiapa yang mahu dilibatkan dalam kegiatan anti-China oleh AS, dengan mengorbankan kepentingan sendiri.

Janji manis AS mengenai pembentukan “Indo-Pasifik yang bebas, terbuka dan makmur” tidak dapat menutup muslihat sebenar negara itu yang memperalat rakan sekutu bagi mengekang China dan mengekalkan hegemoni sendiri.

Kemakmuran yang berkekalan di Asia Pasifik memerlukan solidariti dan kerjasama negara serantau, bukannya bersekutu dan berkonfrontasi.

Masa bakal membuktikan bahawa sebarang strategi yang hanya mengejar kepentingan sendiri dan bersifat eksklusif pasti akan gagal.