Strategi Indo-Pasifik AS Berniat Jahat

2022-02-15 17:26:03  CRI
Share with:


Strategi Indo-Pasifik milik Amerika Syarikat (AS) umpama ada udang di sebalik batu, kata Kementerian Luar (MFA) China.

Jurucakapnya, Wang Wenbin mengkritik laporan Strategi Indo-Pasifik diumumkan pentabdiran Biden akhir-akhir ini, sengaja mencanangkan adanya "ancaman China".

“Negara itu (AS) cakap tak serupa bikin. Ia mendakwa diri memajukan kebebasan dan keterbukaan di rantau ini, tapi sebenarnya membentuk blok eksklusif melalui AUKUS dan QUAD,” kata Wang kepada media di Beijing pada Isnin.

Beliau mencela Washington bertindak mencetuskan risiko percambahan senjata nuklear, dan menimbulkan tentangan dan konfrontasi antara negara serantau.

“Strategi berkenaan membangkitkan semula mentaliti Perang Dingin dan politik blok, ia pastinya akan menjad sia-sia saja,” ujarnya.

Beliau turut memberi amaran bahawa strategi tersebut akan mengundang perpecahan dan pergolakan kepada Asia Pasifik, dan nescaya ditolak negara-negara serantau.