AS Dicela Salah Guna Aset Afghanistan

2022-02-15 17:27:37  CRI
Share with:


Kerajaan sementara Afghanistan mengkritik keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengenai pengagihan aset beku milik bank pusat Afghanistan.

Negara itu menerusi kenyataan pada Isnin menyifatkan kelakuan AS sebagai tidak bertanggungjawab, dan mencabul hak rakyat Afghanistan.

Kenyataan itu berbunyi, rakyat Afghanistan tiada sangkut paut dengan peristiwa serangan 11 September.

Oleh itu, perbuatan menyalahgunakan harta benda Afghanistan dengan alasan peristiwa itu benar-benar melanggar Perjanjian Damai Doha.

Negara itu turut menggesa supaya AS mempertimbangkan semula keputusan berkenaan dan memulangkan semua aset beku milik rakyat Afghanistan.