Macron, Biden Bincang Krisis Rusia-Ukraine

2022-02-16 13:15:16  CRI
Share with:

Perancis dan Amerika Syarikat (AS) berjanji akan meneruskan perbincangan lanjut mengenai krisis Rusia-Ukraine dalam tempoh beberapa hari lagi.

Istana Elysee menerusi satu kenyataan awal pagi ini mengesahkan Presiden Emmanuel Macron dan rakan sejawatnya dari AS Joe Biden berbincang menerusi telefon mengenai krisis tersebut.

Macron menyatakan, usaha diplomatik perlu diteruskan bagi meredakan ketegangan situasi berkenaan, di samping bertindak ke arah mendapatkan persefahaman tentang isu keselamatan Eropah.