Beijing Komited Kekal Pembangunan Mesra Alam

2022-02-16 15:40:48  CRI
Share with:

Konsep mesra alam dan rendah karbon akan dikekalkan dalam pembangunan bandar Beijing, kata Naib Pengarah Biro Ekologi dan Alam Sekitar Beijing, Yu Jianhua pada Selasa.

Menurutnya, prinsip mesra alam sentiasa menjadi keutamaan dalam pembangunan bandar serta penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Dalam pada itu, Beijing komited memajukan industri berteknologi canggih yang menjimatkan tenaga dengan bahan pencemar dihasil agak sedikit.

Intensiti pelepasan karbon bagi setiap 10,000 yuan Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) di bandar itu mencatat 0.41 tan pada 2021, iaitu menurun lebih 28% berbanding 2015.

Kualiti udara Beijing memenuhi piawaian secara menyeluruh pada 2021, dengan merekodkan 288 hari yang kualiti udara pada tahap baik dan sederhana baik.