Olimpik 2022 Dipuji Atlet Pelbagai Negara

2022-02-16 15:20:05  CRI
Share with:

Atlet pelbagai negara dengan gembiranya dilihat berkongsi pengalaman yang indah sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing melalui media sosial masing-masing.

Walaupun ada yang sudah menyelesaikan acara pertandingan dan pulang ke tanah air, namun mereka tetap berkongsikan perasaan rindu terhadap China dan Beijing.

Tessa Maud, atlet Snowboarding Amerika Syarikat (AS) dalam media sosialnya merakamkan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan dalam tempoh dua minggu di China.

Beliau turut menyatakan bahawa sudah tidak sabar untuk pergi ke China lagi untuk melancong kerana suka terhadap orang, makanan dan budaya di China.

Pada 13 Februari, atlet Curling dari Jepun, Chinami menyiarkan sebuah gambar swafoto dalam media sosial ketika salji menurun pada hari itu.

Katanya, ia merupakan kali pertama beliau menemui salji dalam tempoh Sukan Olimpik Musim Sejuk selepas tiga kali menyertai temasya itu sambil turut menzahirkan penghargaan kepada para sukarelawan di kampung Olimpik yang membersihkan jalan.

Atlet acara ski gaya bebas (Freestyle sking) dari Sepanyol, Thibault Magnin dalam media sosialnya sambil berbahasa Cina dan Inggeris berkata, "So much love from China. Thanks for the continuous support. This is crazy. Xie xie."

Atlet acara ski gaya bebas dari AS, Aaron Blunck telah berkongsi gambar tapak pertandingan acara ski Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing.

Beliau turut menyifatkan bahawa tanpa ragu-ragu, trek tersebut merupakan yang terbaik dan amat syukur berpeluang datang serta bertanding di Beijing.