Singapore Airshow 2022 Buka Tirai
2022-02-16 14:48:59 CRI
Pameran udara terbesar Asia, Singapore Airshow membuka
tirai di Pusat Pameran Changi (CEC) pada Selasa, menarik penyertaan sebanyak
590 syarikat pempamer.
Dipengaruhi wabak COVID-19, bilangan peserta acara tersebut berkurang sebanyak satu pertiga pada tahun ini. Namun, ia tetap menjadi tumpuan syarikat penerbangan berprestij dunia yang hadir di pameran dengan mengetengahkan produk dan teknologi terkini masing-masing.
Perbadanan Import dan Eksport Aeroteknologi China (CATIC) turut membawa jet pejuang, pesawat udara latihan, helikopter, dron dan pesawat jarak dekat untuk dipertontonkan dalam pameran selama empat hari itu.