Kehadiran Tentera AS Cabul Kedaulatan Syria

2022-02-17 16:16:09  CRI
Share with:

Kehadiran tentera Amerika Syarikat (AS) dan Turki di Syria mencabuli dengan teruk kedaulatan negara itu, dan melanggar undang-undang antarabangsa serta resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Demikian ditegaskan Menteri Luar Syria, Faisal Mekdad dalam rundingan dengan utusan khas PBB ke Syria, Geir Pedersen di Damsyik pada Rabu.

Beliau juga berkata, sekatan ekonomi sepihak AS merupakan faktor utama yang membawa kesengsaraan kepada rakyat Syria.

Kedua-dua pihak dilaporkan telah bertukar-tukar pendapat mengenai situasi semasa Syria dalam rundingan tersebut.