China Janji Peluang Cerah Buat Pelabur Asing

2022-02-17 13:24:55  CRI
Share with:

Jumlah penggunaan sebenar modal asing di China pada Januari mencecah RBM102.28 bilion (RM64.47 bilion), meningkat 11.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut data Kementerian Perdagangan.

Prestasi tersebut mencerminkan keyakinan kukuh pelabur asing terhadap pasaran China serta daya tarikannya selaku destinasi pelaburan, meskipun berdepan dengan kesan pandemik COVID-19.

Selain potensi pertumbuhan pasaran yang berterusan, langkah-langkah diambil kerajaan China untuk memperluas keterbukaan dan mengoptimumkan persekitaran perniagaan juga memberi kelegaan kepada syarikat multinasional yang menanam modal di China. 

Dengan penguatkuasaan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada 1 Januari lalu, lebih banyak peluang pasti dicetuskan di China susulan kerjasama ekonomi serantau, yang turut merangsang pemulihan ekonomi dunia.

Pada masa depan, China akan terus melepaskan lebih banyak potensi pertumbuhan menerusi keterbukaan berterusan, serta pembentukan iklim perniagaan yang berorientasikan pasaran, berlandaskan undang-undang dan bersifat antarabangsa. Ia akan membolehkan dunia berkongsi lebih banyak manfaat daripada pembangunan berkualiti China.