Tarian Singa Hijau Meriahkan Suasana Hari Cap Goh Mei

2022-02-17 11:23:54  CRI
Share with:

Penduduk di kampung Qikeng bandar Hangzhou mempersembahkan tarian singa hijau untuk menyambut hari Cap Goh Mei pada Selasa lalu.

Tarian singa hijau merupakan kesenian tradisional di kampung itu dan disenaraikan sebagai warisan budaya tidak ketara peringkat bandar Hangzhou. Warna hijau melambangkan sejahtera, sentosa dan panjang umur di kampung itu. Tarian singa hijau merupakan aktiviti wajib untuk menyambut perayaan tradisional itu di kampung Qikeng.