Bagheri: Tiba Masa Buat Keputusan Serius mengenai JCPOA

2022-02-17 13:01:06  CRI
Share with:

Timbalan Menteri Luar Iran, Ali Bagheri menggesa pihak terbabit membuat keputusan serius mengenai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) berhubung isu nuklear Iran.

"Selepas rundingan intensif selama berminggu-minggu, sekarang kami lebih dekat dengan sasaran ditetapkan berbanding bila-bila masa dahulu," kata ketua perunding itu menerusi akaun media sosialnya pagi tadi.

Beliau turut berkata, Amerika Syarikat (AS) perlu bersikap realistik dan mengambil pengajaran daripada yang dilalui empat tahun lalu sebelum membuat sebarang keputusan.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Ali Shamkhani pada Rabu menegaskan, pihaknya tidak akan berunding lagi dengan AS yang mungkir janji serta Eropah yang bertindak secara pasif di luar lingkungan JCPOA.