Tiada Bukti Rusia Ceroboh Ukraine

2022-02-17 13:17:13  CRI
Share with:


Tiada bukti menunjukkan kemungkinan Moscow menceroboh Kiev, kata jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova.

Beliau semasa sidang media pada Rabu menegaskan, laporan media Barat berkaitan pencerobohan tersebut adalah palsu dan tidak benar.

Zakharova turut menyifatkan tindakan Washington memindahkan kedutaan dari Kiev ke Lviv sebagai sandiwara.

Terdahulu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengumumkan penutupan kedutaan di Kiev, Ukraine dan memindahkan kakitangan berkenaan ke Lviv di barat negara itu.

Selain itu, AS juga mengarahkan warga negaranya supaya meninggalkan Ukraine.