Olimpik Beijing 2022 Rekod Tontonan Tertinggi

2022-02-17 11:34:27  CRI
Share with:

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 mencatatkan jumlah tontonan  paling tinggi dalam sejarah temasya tersebut, menurut Pengarah Urusan Perkhidmatan Televisyen dan Pemasaran Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Timo Lumme.

Beliau juga mengucapkan tahniah atas kecemerlangan Kumpulan Media China (CMG) dalam menyajikan acara Olimpik 2022 yang menarik untuk penonton seluruh dunia.

Menurutnya, selain liputan menerusi media tradisional seperti televisyen, siaran langsung terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 juga dijalankan melalui platform dalam talian. Ini merupakan satu kemajuan yang membawa makna bersejarah.