Olimpik Beijing Buka Tingkap Kenali China
Olimpik Beijing 2022 antara temasya sukan musim sejuk berprestij yang meraih tontonan tertinggi setakat ini.
Seperti yang diumumkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing pada Rabu, perkhabaran itu turut mencetuskan gelombang perbincangan hangat di dunia.
Sebelum ini, Perkhidmatan Penyiaran Olimpik (OBS) berkata, temasya sukan tersebut menarik perhatian sehingga lebih dua bilion netizen di laman sosial.
Prestasi memberangsangkan itu bukan sahaja menangkis laporan media Barat yang menaruh sangkaan yang buruk-buruk terhadap Olimpik Beijing, malah juga membolehkan rakyat seluruh dunia berkongsi kegembiraan dan persahabatan yang dijana oleh sukan ais dan salji.
Sinonim dengan perpaduan, kerjasama dan harapan, temasya musim sejuk tersebut turut menyuntik keyakinan dan kekuatan buat semua negara.
Kenapa Beijing mampu menghidupkan semula minat dan mencetuskan keghairahan penonton global terhadap temasya sukan kali ini?
Dengan mencerminkan moto Olimpik, iaitu lebih pantas, lebih tinggi, lebih kuat dan lebih bersatu, temasya berkenaan menjanjikan penonton pengalaman menikmati daya tarikan sukan, sekali gus merangsang dan meneguh perpaduan umat manusia tatkala dunia sedang mengharungi ujian getir.
Majlis pembukaan dengan pelbagai penampilan berasaskan teknologi digital dan inovasi estetik; langkah mencegah penularan wabak yang dilaksana di setiap venue; sifat periang dan peramah sukarelawan China sehingga mengharukan atlet… semua elemen yang dipaparkan Olimpik Beijing membuka tingkap bagi membolehkan dunia lebih memahami China.