Bloomberg: RMB Makin Popular, Pecah Rekod

2022-02-18 12:55:52  CRI
Share with:

Data terkini Persatuan Telekomunikasi Kewangan Perbankan Sedunia (SWIFT) menunjukkan mata wang Renminbi (RMB) semakin mendapat tempat dalam transaksi global.

Memetik laporan Bloomberg pada Khamis, SWIFT memaklumkan pembayaran menggunakan RMB dalam perdagangan antarabangsa melonjak 3.2 peratus, sekali gus mencatatkan rekod tertinggi sejak 2015.

Difahamkan, antara faktor yang mendorong kepada peningkatan tersebut adalah berikutan dana antarabangsa menambah pegangan dalam bon kerajaan China dalam tempoh tiga bulan lalu.

Pada masa sama, turut dilaporkan bahawa terdapat sejumlah syarikat luar negara yang mula menggunakan RMB ketika melakukan transaksi.