Penyelesaian Isu Ukraine Perlu Kembali ke Perjanjian Minsk II

2022-02-18 12:25:25  CRI
Share with:

Penyelesaian isu Ukraine perlu kembali kepada pelaksanaan Perjanjian Minsk II, kata Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun.

Menurutnya, perjanjian tersebut diiktiraf semua sebagai dokumen politik asas yang mempunyai kuasa mengikat bagi menyelesaikan isu Ukraine.

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bagi membahas pelaksanaan Perjanjian Minsk II pada Rabu.

Zhang berharap supaya semua pihak terlibat mengambil sikap konstruktif dan menyelesaikan percanggahan pendapat dalam pelaksanaan perjanjian itu menerusi dialog.

Beliau juga menggesa pelbagai pihak mempertahankan hala tuju penyelesaian menerusi saluran politik, dan mengelakkan perbuatan yang meruncingkan ketegangan dan menghebohkan krisis.