ASEAN Komited Laksana RCEP secara Menyeluruh dan Berkesan

2022-02-18 12:24:32  CRI
Share with:

Negara-negara ASEAN berjanji untuk melaksanakan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) secara menyeluruh dan berkesan.

Komitmen itu dizahirkan dalam permukiman menteri-menteri luar ASEAN yang berlangsung secara hibrid di Phnom Penh pada Khamis.

Timbalan Perdana Menteri Kemboja merangkap Menteri Luar, Prak Sokhonn dalam taklimat media selepas sesi permukiman itu berkata, para menteri luar turut menegaskan peri pentingnya pemerkasaan integrasi ekonomi ASEAN, serta kesalinghubungan perdagangan, pelaburan dan rantaian bekalan di rantau ASEAN.

Menurut beliau, persidangan itu juga mengadakan perbincangan tentang pendekatan bagi memacu ekonomi serantau dalam era pasca pandemik COVID-19.

Menteri-menteri luar ASEAN juga bertukar-tukar pendapat mengenai isu serantau dan antarabangsa, di samping menekankan komitmen untuk mempertahankan multilateralisme.