Perjanjian Minsk Jaminan Kedamaian Ukraine: Putin

2022-02-19 14:26:34  CRI
Share with:

Pelaksanaan Perjanjian Minsk merupakan jaminan bagi mengembalikan kedamaian di Ukraine.

Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata demikian dalam taklimat media selepas rundingan dengan rakan sejawatnya dari Belarus, Alexander Lukashenko pada Jumaat.

Putin berkata memandangkan situasi di timur Ukraine kembali tegang, kerajaan negara itu perlu duduk berunding dengan kumpulan militan terbabit seawal mungkin.

Beliau juga berpendapat bahawa Ukraine tidak melaksanakan semua fasal penting dalam Perjanjian Minsk, sebaliknya merosakkan perjanjian tersebut.