Matlamat Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing Tercapai

2022-02-20 15:32:49  CRI
Share with:

Penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing amat berjaya dan mencapai matlamat yang disasarkan, walaupun berdepan dengan cabaran wabak COVID-19.

Demikian kata Naib Presiden Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022 (BOCOG), Zhang Jiandong dalam sidang media di Beijing hari ini.

Menurut beliau, urusan membabitkan penonton antara cabaran utama dalam penganjuran temasya sukan itu.

BOCOG telah mengaturkan penonton yang berada di dalam dan luar sistem gelung tertutup untuk menonton acara pertandingan.

Antara penonton di dalam gelung tertutup termasuk anggota kontinjen pelbagai negara, manakala penonton di luar sistem berkenaan terdiri daripada penduduk tempatan, peminat sukan ais dan salji, sahabat asing dan sebagainya.