IOC Anugerah Piala Olimpik kepada Rakyat China

2022-02-20 14:23:58  CRI
Share with:


Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menganugerahkan Piala Olimpik kepada rakyat China sebagai tanda terima kasih atas sokongan padu mereka terhadap Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Presiden IOC Thomas Bach menyatakan, tanpa sokongan rakyat China, adalah mustahil Olimpik Beijing 2022 diadakan dengan begitu cemerlang.

“Biarpun berada di dalam gelung tertutup, kami tetap merasai sokongan rakyat China,” katanya semasa sesi IOC ke-139 di Beijing pada Sabtu.

Menurut beliau, rakyat dari segenap lapisan masyarakat China, merentas generasi mengalu-alukan kedatangan atlet luar negeri, di samping berdedikasi terhadap temasya sukan tersebut.