Olimpik Beijing 2022 Jadi Penanda Aras Penganjuran Sukan Antarabangsa

2022-02-20 16:30:11  CRI
Share with:

 

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustafa menyifatkan China sebagai berjaya dalam penganjuran Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 yang menutup tirainya hari ini.

Ketika diwawancara oleh ASTRO Awani menerusi program Agenda AWANI Asia, Mohd Sadek menyatakan bahawa kerajaan China dilihat telah membuat persediaan yang terbaik serta melakukan perancangan dengan teliti dalam penyeliaan prosedur operasi standard (SOP) kepada semua pihak yang terlibat.

Beliau berkata, Malaysia boleh menjadikan Beijing dan Tokyo yang masing-masing menganjurkan Sukan Olimpik dalam tempoh pandemik, sebagai penanda aras untuk mempergiatkan industri sukan tempatan serta menganjurkan kejohanan antarabangsa.

Mohd Sadek turut memberitahu, peranan yang dimainkan kerajaan China untuk memastikan rakyatnya mendapat vaksin lengkap merupakan asas kejayaan negara Tembok Besar itu untuk menganjurkan sukan antarabangsa.

“Kita sanggup menjadi tuan rumah untuk menganjurkan kejohanan besar kerana ia beri impak luas kepada ekonomi negara, menjana peluang pekerjaan dan teknologi baru,” kata Mohd Sadek.

 Beliau menambah, China yang mempunyai perancangan cukup strategik dalam menjadikan industri sukan sebagai pemacu ekonomi perlu dijadikan teladan.