IOC Nantikan Kerjasama dengan CMG Kelak

2022-02-20 14:47:19  CRI
Share with:


Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menantikan kerjasama dengan Kumpulan Media China (CMG) pada masa hadapan demi terus menggerakkan perkembangan Olimpik dan menjadikan budaya bersukan berakar umbi dalam kalangan rakyat China.

Demikian ujar Presiden IOC Thomas Bach menerusi surat yang dibalas kepada Presiden CMG, Shen Haixiong pada Sabtu.

Dalam surat itu, Bach sekali lagi mengucapkan tahniah atas pencapaian luar biasa yang diraih CMG dalam membuat liputan dan siaran langsung Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Beliau berkata, jumlah tontonan yang memberangsangkan bagi acara Olimpik Beijing menunjukkan minat rakyat China terhadap sukan musim sejuk meningkat dengan ketara, dan budaya bersukan juga bermula dari akar umbi.

Dalam pada itu, Bach menzahirkan penghargaan kepada CMG atas komitmen dan sumbangannya dalam menyemarakkan semangat kesukanan.