Pemimpin Rusia dan Perancis Setuju Penyelesaian Isu Ukrain secara Politik

2022-02-21 13:09:01  CRI
Share with:

Presiden Rusia, Vladimir Putin dan rakan sejawatnya dari Perancis, Emmanuel Macron berhubung melalui telefon semalam. Kedua-dua pemimpin itu menganggap isu Ukrain sepatutnya diselesaikan secara politik.

Menurut maklumat daripada portal berita Presiden Rusia, kedua-dua pemimpin memberikan perhatian besar kepada situasi yang makin meruncing di kawasan timur Ukrain dan menganggap isu berkenaan perlu diselesaikan secara politik berdasarkan 'Format Normandy' dan gencatan senjata patut diwujudkan.