China Manfaatkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

2022-02-21 13:19:19  CRI
Share with:

Akhbar “New York Times” Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini menerbitkan satu karangan yang berbunyi bahawa bagi banyak bandar di dunia ini, penganjuran Sukan Olimpik bukan bisnis yang menguntungkan. Namun bagi China, rasa bangga terhadap tanah air dan kegairahan untuk mengembangkan infrastruktur menjadi faktor penentu dalam membuat keputusan negara.

Karangan tersebut menunjukkan China sejak sekian lama giat membina kemudahan infrastruktur termasuk landasan kereta api dan lebuh raya yang boleh menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat di samping menurun kos lalu lintas. Melalui Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 pula, China berharap membantu rakyatnya memupuk minat lestari terhadap sukan musim sejuk yang dipercayai boleh memicu perbelanjaan berkenaan khususnya di kawasan bahagian timur laut yang beriklim sejuk dan terbelenggu dalam kemunduran ekonomi, selain merancang menjadikan tapak peranginan di kawasan bahagian utaranya berkembang menjadi destinasi acara sukan musim sejuk yang bertaraf dunia.

Sementara itu, China juga menjadikan temasya sukan ini sebagai peluang memperlihatkan kesatupaduan dan keyakinan bangsa kepada seluruh dunia.

Karangan tersebut masih menyebut tindakan pihak China yang menggunakan semula banyak kemudahan termasuk venue yang terpakai semasa berlangsungnya Sukan Olimpik 2008. Langkah-langkah sedemikian terbukti boleh mengurangkan lagi kos berkenaan.