Rusia Iktiraf Dua “Republik” Merdeka di Timur Ukraine

2022-02-22 12:29:57  CRI
Share with:

 

Presiden Russia, Vladimir Putin menandatangani perintah malam semalam untuk mengiktiraf “Republik Rakyat Donetsk” dan “Republik Rakyat Luhansk” merdeka  di timur Ukraine.

Menurut laporan diumumkan melalui laman sesawang rasmi Presiden Rusia, anggota Majlis Keselamatan Rusia telah mengadakan satu mesyuarat yang melibatkan situasi kawasan timur Ukraine semalam. Dalam ucapan menerusi TV kemudian, Putin menyentuh isu hubungan Rusia dengan Ukraine dan situasi timur Ukraine. Selepas itu, beliau menandatangani perintah mengiktiraf kemerdekaan kedua-dua wilayah tersebut dan perjanjian kerjasama persahabatan Rusia dengan kedua-dua “negara republik” itu.