China Seru Konflik Ukraine Diselesaikan secara Damai

2022-02-22 14:48:06  CRI
Share with:

Pihak-pihak terbabit diseru agar menyelesaikan  konflik Ukraine secara damai. Demikian seruan Wakil Tetap China ke PBB, Zhang  Jun dalam sidang darurat yang diadakan Majlis Keselamatan Pertubuhan  Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengenai situasi Ukraine semalam.  

Beliau berkata, China memprihatinkan  perkembangan situasi Ukraine. Seperti pendirian yang telah dibentangkan dalam  sidang UNSC sebelum ini, China menyeru pihak-pihak terbabit bertenang dan  mengelak daripada sebarang tindakan yang berkemungkinan meruncingkan lagi  ketegangan, dan mengadakan dialog dan rundingan untuk mencari pendekatan  rasional berdasarkan prinsip sama rata dan saling  hormat-menghormati.

Wakil Rusia ke PBB, Vasily Nebenzya berkata,  kawasan Donetsk and Lugansk telah mengisytiharkan kemerdekaan seawal tahun 2014,  dan baru saja diakui Rusia sekarang ini. Rusia sentiasa mendesak supaya  keinginan rakyat setempat dihormati, namun pihak berkuasa Kiev menolak berdialog  dengan wakil setempat dan gagal melaksanakan Perjanjian Minsk dengan penuh  hati.

Tegasnya, Rusia mengambil sikap terbuka  terhadap pendekatan isu terbabit secara diplomatik, namun kem Barat berdegil  meruncingkan situasi tempatan dan memilih menempatkan pasukan tentera di  Ukraine, bahkan secara terang-terangan memutarbelitkan kenyataan  Rusia.

Pada sidang tersebut, Wakil Amerika Syarikat  (AS), Linda Thomas Greenfield berkata, Presiden Joe Biden telah mengumumkan  perintah baharu yang mengenakan sekatan terhadap tokoh terbabit di kawasan  Donetsk and Lugansk, dan pihaknya masih akan mengambil tindakan selanjutnya  esok.