Beijing Menyerlah Lagi Jayakan Sukan Olimpik

2022-02-22 16:02:57  CRI
Share with:

“Inilah temasya Olimpik yang cemerlang”, demikian pujian tinggi disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach dalam upacara penutupan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing malam kelmarin.

Dari 2008 hingga 2022, dari Sukan Olimpik Musim Panas hinggalah Sukan Olimpik Musim Sejuk, China sudah membuktikan diri sebagai pengamal semangat Olimpik dengan tindakan yang konsisten.

Dalam masa 17 hari, lebih 2,800 orang atlet dari 91 kontinjen berturut-turut berpeluang menyaksikan tercapainya aksi yang terbaik, beserta sejumlah rekod Olimpik yang dibaharui.

Dalam tempoh masa selama 17 hari yang lalu ketika berlangsungnya temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk yang pertama yang mengandungi perkataan tambahan dalam motonya, iaitu “lebih bersatu padu”, cerita persahabatan yang mengharukan hati dilaporkan berlaku hampir setiap hari. 

Kolumnis dari Washington Post, Jerry Brewer dalam sebuah artikelnya menyatakan bahawa beliau ketika menginap dalam hotel isolasi ekoran tindakan kuarantin, berasa terharu mendapat satu hadiah coklat dari sukarelawan sebagai salam simpati.

Di luar gelanggang pertandingan, wawasan China untuk menggalakkan lebih 300 juta rakyatnya menyertai sukan ais dan salji tercapai. Menurut jangkaan IOC, nilai pasaran sukan musim sejuk di China akan mencatat USD150 bilion (RM627 bilion) menjelang 2025, yang dijangka akan menjadi pendorong besar bagi pembangunan sukan musim sejuk di seluruh dunia.

Bukan sekadar itu sahaja, temasya Olimpik kali ini juga berperanan mendorong pertembungan tamadun Timur dengan Barat. Dari reka bentuk venue yang dipenuhi unsur China, hingga elemen budaya China yang ditunjukkan pada majlis perasmian dan penutupan, inspirasi romantik dan semangat inovatif negara Tembok Besar ini terbukti mengagumkan sejagat di samping membuktikan bahawa “sebarang pencapaian tamadun berbaloi dikongsi seluruh insan”.

Pada waktu yang sama, Beijing juga mencapai prestasi baik dalam pencegahan dan kawalan wabak semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. Menurut data statistik, kadar kes positif ujian asid nukleit hanyalah 0.01% dalam pengendalian gelembung tertutup.

Selain itu, Big Air Shougang yang berkonsepkan perlindungan alam sekitar dan Gimnasium Luncur Ais yang dibina dengan menggunakan teknologi canggih merupakan contoh terbaik China mengamalkan konsep penganjuran Sukan Olimpik secara “hijau” dan “berunsurkan teknologi sains”. Kesemua ini merupakan usaha gigih dilakukan China dalam mendorong pembinaan ekologi global dan pembangunan berterusan.

Yang lebih penting lagi, Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 yang berlangsung dengan jayanya di Beijing menurut jadual asalnya dipercayai kondusfi bagi peningkatan solidariti  dan keamanan di sebalik penularan pandemik dan munculnya cabaran global yang bermacam-macam.