Tindakan Balas China Terhadap Dua Syarikat Industri Ketenteraan AS

2022-02-22 14:36:21  CRI
Share with:

Kerajaan China memutuskan mengambil tindakan balas terhadap dua syarikat dari Amerika Syarikat (AS), iaitu Raytheon dan Lockheed Martin yang selama ini tidak berhenti dalam menjual senjata kepada wilayah Taiwan, China. Ini diumumkan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media semalam. Katanya, tindakan ini diambil menurut peraturan Undang-undang Antisekatan Asing China demi memelihara kedaulatan dan kepentingan keselamatan tanah air.

Wang menekankan bahawa penjualan senjata kepada Taiwan dilihat membelakangi prinsip "Satu China" dan tiga pengumuman bersama China-AS, malah menjejaskan kedaulatan dan keselamatan China serta hubungan bilateral dan kedamaian dan kestabilan Selat Taiwan.

China sekali lagi menggesa kerajaan dan pihak berkenaan AS mematuhi prinsip 'Satu China' dan tiga pengumuman bersama China-AS, menghentikan penjualan senjata kepada Taiwan dan memutuskan hubungan ketenteraan dengan Taiwan. China akan mengambil segala langkah yang wajar untuk memelihara kedaulatan dan keselamatan negara.