Tangani Krisis Ukraine menerusi Rundingan, Tak Boleh Api-apikan

2022-02-23 14:00:17  CRI
Share with:

Rusia mengiktiraf  dua republik di timur Ukraine semalam. Pada hari yang sama, Amerika Syarikat  (AS) turut mengumumkan sekatan kewangan terhadap Rusia, sedangkan sejumlah  negara dari kem Barat pun mengumumkan akan mengikuti jejaknya. Dalam sidang  tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengenai  isu Ukraine, wakil China menyeru pelbagai pihak agar bertenang dan mengelakkan  daripada tindakan yang berkemungkinan meruncingkan lagi  ketegangan.

Inilah pendirian  rasional seperlunya bagi pendekatan yang kondusif. Setelah Perang Dingin  berakhir, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) giat mengembangkan  sayapnya ke timur. Jika Ukraine diterima NATO, Rusia akan terdedah kepada  ancaman keselamatan strategik dari Barat. Oleh itu, Rusia mempertahankan bahawa  NATO patut membuat komitmen tertulis yang berkuatkuasa di sisi undang-undang  berhubung keputusan untuk menghentikan perluasannya ke timur dan penempatan  senjata yang bersifat mengancam. Sebagai satu catur dalam permainan  negara-negara gergasi, Ukraine yang bimbang akan kedaulatan dan keselamatan  negara sendiri berharap mendapat perlindungan NATO. Sementara itu, negara Eropah  juga takut akan terlibat dalam peperangan yang luar  kawalan.

Boleh kelihatan  bahawa perkembangan situasi semasa Ukraine adalah akibat beberapa banyak unsur  yang rumit. AS berperanan sebagai penghasut. Kebelakangan ini, Washington  berdegil menggembar-gemburkan khabar angin bahawa Rusia merancang “mencerobohi“ Ukraine, dengan tujuan mengalihkan perhatian domestiknya dan meningkatkan semula  kadar sokongan yang berada dalam keadaan terus menurun. Perbuatan yang  memanfaatkan ketegangan geopolitik ini, bukan sahaja boleh membantu AS terus  menerajui percaturan politik di Eropah, tetapi juga menyembunyikan keinginannya  enggan membalas rungutan keselamatan Rusia.

Pada Sidang  Keselamatan Munich ke-58, China menyarankan pihak-pihak terbabit kembali ke  Perjanjian Minsk, yang dianggap sebagai satu-satunya pendekatan yang  kondusif.

AS dan anggota  kemnya digesa jangan mengapi-apikan krisis di Ukraine sekarang ini, melainkan  mengesyorkan rundingan. Negara gergasi seharusnya menyumbang kepada usaha untuk  menjadikan dunia ini lebih baik.