Perkenalkan Pembangunan Xinjiang Melalui Telesidang Interaksi

2022-02-23 15:57:02  CRI
Share with:


Telesidang interaksi “Indahnya Xinjiang” yang bertemakan “Rakyat Diutamakan” anjuran bersama Misi Tetap China ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, delegasi pertubuhan antaranbagsa dan kerajaan wilayah Xinjiang telah diadakan semalam.


Pengerusi kerajaan wilayah Xinjiang, Erkin Tuniyaz telah memperkenalkan pencapaian Xinjiang dalam pembangunan sosioekonomi pada tahun-tahun kebelakangan ini, dan kemudian 6 orang pegawai dan penduduk dari peringkat akar umbi pula berkongsi pengalaman mereka dalam kehidupan yang makin baik. Antaranya, Naib Pengarah Biro Kebudayaan dan Pelancongan Daerah Autonomi Yili yang berpenduduk etnik Kazak, wilayah Xinjiang, He Jiaolong memilih berkongsi cerita sendiri semasa membantu penduduk tempatan menjana pendapatan melalui promosi produk pertanian secara penstriman. Kumpulan penjual yang dipimpinnya telah membawa pulangan sebanyak RMB140 juta (RM92 juta), sekali gus secara langsung membantu seramai 2,830 orang mendapatkan pekerjaan, manakala secara tidak langsung membantu lebih 10 ribu keluarga petani dan penternak meningkatkan pendapatan.